Saturday, January 29, 2011

: : Selamat datang ke kampung cucu cicit pak awang! : :

Kampung cucu cicit pak awang..korang penah pegi x??haha..actually, ni salah satu game yg saye belajar sepanjang join festik..sgt best..memerlukan daya ketahanan dan idea yg bernas..main game ni sgt seronok..semalam kitorang main dari kol 9 smpai la kol 1..mantap x?penat tapi sgt enjoy..weee~

Game tu camni..kena form a circle, x kisah la bape org pun..kena ada sorang yg handle game tu sampai habis..pastu, sume orang kena pejam mata n pandang bawah..orang yg handle akan pilih 1 ketua kampung, 1 doktor, 4 malaikat, n 4 syaitan..yg selebihnya akan jadi orang kampung biasa..then, lepas da pilih sume orang bleh bukak mata n "SELAMAT DATANG KE KAMPUNG CUCU CICIT PAK AWANG"..sumenye akan bermula..sume orang boleh tuduh sape2 seramai 3 orang yg dirasakan syaitan..dan orang yg dipilih tu kena pertahankan diri sendiri utk buktikan dia bukan syaitan..lepas dah pertahankan diri, penduduk2 kampung akan mengundi sape yg dituduh sebagai syaitan..sape 2 pun bleh terkeluar kalo salah pilih..hanya seorang yg menerima undian majoriti akan terkeluar dan lepas tu, barulah dia boleh mededahkan identiti dirinya yg sebenarnya sama ada ketua kampung, doktor, malaikat, syaitan atau penduduk kampung..

Orang yg paling penting dlm game ni ialah ketua kampung..ketua kampung kena pertahankan haknya sebagai ketua kampung walaupun yg lain x tau dia sebagai ketua kampung..tapi, dia just bleh bagi hint yg dia ketua kampung..kampung itu akan selamat sekiranya bleh menyingkirkan keempat2 syaitan yg ada di kampung itu..tapi, kalo salah tuduh dan ketua kampung jadi mangsa, maka kampung itu akan hancur..jika doktor yg dipilih utk keluar, 2 org penduduk kampung akan turut terkeluar secara automatik..dan sekiranya x de lagi penduduk kampung yg tinggal, maka kampung itu jugak akan musnah..so,  sume orang kena pandai pilih dan tuduh orang yg dirasakan syaitan...

Dalam game ni, kita x bleh percaya kat sape2 pun..ada sesetengah orang masa mempertahankan diri, berlagak macam baik tapi sebenarnya dialah syaitan yg dicari..so, kena pandai mempertahankan diri masing2 sekiranya dituduh jadi sebagai syaitan dan jgn sesekali dedahkan identiti anda walaupun pada member sebelah..pertahankan kampung itu daripada dimusnahkan oleh syaitan2!!!

P/S : Try r game ni..sgt best... =)

Unedited - Version of myself

: : Kenyataan atau perasaan semata-mata??: :

Lately, saye rasa badan saye cam da makin mengembang je..huhu..apekah ini kenyataan atau just perasaan saye je?? sigh,,,
eventhough BMI skang still normal, tapi saye nk berat saye yg dulu..boleh ke cik fiqa oi??? :D

Unedited - Version of myself

: : Berkampung di kolej terchenta : :

Salam..

Tajuk entry tu da cukup bagi hint yg saye insan terpilih yg kena stay kat kolej terchenta ni..ok,ayat ikhlas tu..saye join event kolej..x balik pun disebabkan komitmen..once da join, so kena r bagi full komitmen..tak gitu?maybe stay sini smpai isnin@selasa, then balik umah abg je..coz my family dtg sini..so, x de la rasa sedih sgt bila tgk org lain sibuk angkat beg nak balik..wat masa ni, cik rumate ada lg..ada la teman..n yg paling penting, kalo stay sini bleh r study sket2..coz bukak je cuti ni terus ada test 1..kalo da balik umah, mmg kompem la x bukak buku kan...tapi, study ke??smlm marathon movie..haha..kantoi sudaaa.... :D

P/S : Hepi holiday utk sume yg bercuti.... ^^

Unedited - Version of myself

Monday, January 24, 2011

: : Dibuli : :

Mangsa : Nurul Syafiqa 
Pembuli : Bellamin Karim & Azrul Nizam
Tempat : Bilik Bacaan 2, Kolej Kelima, UPM
Masa : 12 a.m.
Bukti????

Unedited - Version of myself

: : Bezday budak ebong part 1 : :

Salam..

Budak ebong??siapakah??tu la buah hati saye...tetttt...anak buah saye la..saye panggil dia budak ebong sebab dia sgt chubby..semalam bezday dia..baru masuk 2 tahun..tapi mulut dia, aiyyoo cam budak besar..kalo layan dia memang sgt hepi..semalam, saye kuar ngan abg, kak ipar n budak ebong..g shopping2 kat sogo n beli barang utk celebrate bezday dia..malam baru celebrate bezday dia..ngan family autie sebelah mama dia...

Eh, jap2..tajuk entry part 1..ada part 2 ke??actually, part 2 saye akan update later bcoz ada satu lg part celebrate bezday icha ni..next week family saye dtg sini, wat lg sekali..perghhh..best giler 2 kali kot celebrate bezday...alaa, ngan budak kecik pn ko nk jeles ke...tak, tapi sgt hepi..budak ebong pun sgt excited..bila tnya umo bape, dia ckp 'uwe' walaupun x tau pape..haha..jom layanz gambar2 budak ebong~

budak ebong..
cik lang, mana hadiah bezday icha?? :D
dekorasi oleh icha's mama..
wif kakak mia n kakak sofia..
icha muka excited..
mama da ajar icha tiup lilin..bila da tiup, tkejut.. :D
sempat ag nak posing..
yeayy..saye sgt hepi... =)
dpt hadiah dari mak long..ayah ngah pun ada bagi jugak..

HEPI 2ND BEZDAY TO WAN SARAH ALISYA BT. SAIFULRIZAL..SMG PNJG UMUR N JADI ANAK YG SOLEHAH..AMIN..BUDAK EBONG DA BESAR, NANTI JD GENG CIK LANG N CIKCU YE..MUAHHHXXXX!!!

Unedited - Version of myself

Saturday, January 22, 2011

: : Mitos..fakta atau auta? : :

Salam..

Korang percaya tak tentang mitos ni?Actually, mitos memberikan pelbagai definisi. Kamus Dewan (1997, hal. 894) mendefinisikan mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap benar atau dipercayai. Nenek moyang kita dulu banyak wat pantang larang, padahal benda tu tak semestinya betul. Mereka tak tegur atau sound direct, tapi banyak memberikan teguran yg mempunyai maksud yg tersirat. Kalo zaman budak2 dulu, memang percaya 100% la kan..terus x buat bila dah kena tegur. Terpulang la pada diri kita sendiri sama ada nak percaya ke tak benda tu. Bagi saye, bleh kalo nk percaya tapi jgn terlalu taksub. Just my opinion ok..Kat bawah ni ada beberapat contoh pantang larang yg saye maksudkan..

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
   - Bantal tempat letak kepala, bukan punggung.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
   - Waktu Maghrib sepatutnya kena solat Maghrib.

3. Dilarang mencucuk jarum waktu malam, nanti didatangi sial.
   - Dikhuatiri tercucuk jarum.

4. Jangan tidur selepas makan, nanti perut buncit.
   - Kerana proses penghadaman dlm perut ambil masa selama 2 jam.

5. Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tidak nasi menangis.
   - Untuk mengelakkan pembaziran.

6. Dilarang memotong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur.
   - Untuk mengelakkan dari terpotong isi.

7. Anak dara jgn menyanyi di dapur, nanti kahwin dgn org tua.
   - Untuk mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.

8. Jangan duduk di depan pintu, nanti lambat dapat jodoh.
   - Dikhuatiri terlanggar org yg membuka/menutup pintu.

9. Jangan mandi pada waktu malam, nanti sakit tulang.
   - Mandi pada waktu malam tidak baik utk kesihatan.

10. Makan dalam pinggan sumbing, nanti dapat anak sumbing.
   - Mengelakkan dari terkena luka dari bekas yg digunakan itu.

11. Jangan memukul, mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yg bakal lahir cacat.
   - Bagi mengelakkan penganiayaan terhadap binatang.

12. Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta dicuri orang.
   - Dikhuatiri akan mengganggu jiran dan membuat bising di rumah.

13. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk rumah.
   - Dikhuatiri ular masuk dalam rumah dan mendatangkan bahaya.

14. Jika sesat di hutan jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
   - Dikhuatiri binatang buas seperti buaya akan menyerang.

15. Tidak boleh menjelir lidah, nanti dipotong lidah.
   - Menjelir lidah boleh menyakitkan hati seseorang.

Unedited - Version of myself

Thursday, January 20, 2011

: : Mencintai tidak beerti memiliki : :

Sumber : FB

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Unedited - Version of myself

Tuesday, January 18, 2011

: : Yg paling cantik dan paling baik : :

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Pada ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

MURID : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU : Okey, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila murid tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

MURID : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik. Tapi tadi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya dah tak jumpa yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

CIKGU : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita cari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap telah berlaku. Semoga yang berlaku tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik, walaupun jika diikutkan banyak lagi yang paling cantik dan paling baik daripada dia. Dengan cara ini, begitulah kasih sayang itu dapat berkekalan selama-lamanya..

Unedited - Version of myself

Monday, January 17, 2011

: : Sahabat & teman 2 minggu : :

Salam..

Mesti korang pelik kan tajuk entry kali ni..ada ke sahabat & teman 2 minggu??terserah pada tafsiran korang cane utk menilai cerita ni..let's check it out...

Kisah tentang gadis A (GA) dan lelaki B (LB)...

Si GA kenal si LB ni masa minggu orientasi since diorang satu kolej..diorang x bape kenal sangat n sgt jarang borak..just kenal gitu2 je..alkisahnya, pada suatu hari..si GA baru balik dari test kat fakulti n ari tu hujan sgt lebat..si GA ambik bas yg turun dekat ngan area kolej, tapi still x leh redah sbb hujan sgt lebat..si LB pun ada gak kat situ..si GA nampak si LB ada bawak payung, member dia pun bawak payung gak..jarang lelaki bawak payung kan..si GA pikir, kalo pinjam si LB bleh tumpang member dia..disebabkan si GA n membernya sgt terdesak utk balik kolej, dengan muka tak malu si GA pun tegur si LB mintak pinjam payung..at first, si LB buat2 x bagi pinjam..then, at last dia bagi jugak..hepi la si GA n membernya coz da bleh balik kolej walaupun terpaksa meredah hujan..si GA janji akan pulangkan payung dlm masa terdekat...

Malamnya tu, si GA terserempak dgn si LB masa si GA otw nak naik bilik..blok diorang dekat je..si GA tanya si LB bila dia nak payung dia..si LB ckp jap lg pun bleh, tapi dia kena pegi kiosk jap utk topup..si LB mintak fon si GA n save no dia..diorang janji nak jumpa after si LB da siap topup, n si GA naik bilik utk ambik payung tu..dlm 10 minit after that, si GA dpt msg dari si LB..LB ckp dia da ada kat bawah blok GA..GA pun turun balik..jumpa jap je..pas pulangkan payung n say thanks, GA n LB pn naik bilik masing2..tak lama lepas tu, si LB msg GA..dia mintak maaf coz muka dia agak monyok tadi, dia ada test keesokan harinya..si GA ngan LB pun msg la kejap, coz GA x nak ganggu LB study..dalam 2 3 ari lepas tu, diorang terserempak lagi, tapi just say hye n berbalas senyuman..ada 1 ari tu, ada org mesej ckp nk berkenalan..n dia ckp si LB yg bagi no si GA..si GA x layan sgt..kisah tu berakhir sampai situ n diorang pun da x de terserempak kat kolej..da x contact...

A few months later, tibe2 si GA dapat mesej dari no yg tak dikenali..bila GA tanye sape, dia tnya dia ***** iaitu si LB..dia guna no mum dia..time tu ngah cuti raya..diorang pun start contact balik..si GA pun sgt pelik nape si LB tibe2 contact dia balik selepas lama menyepi..berulang kali si GA tanye kot2 si LB ni salah org..si LB ckp dia memang nk contact ngan si GA..so, GA pun layan je la..si GA tanye tol ke si LB ada bagi no GA kat sorang member dia..tibe2, si LB call GA..dia tnya sape n GA pun explain laa..dia ckp maybe member dia curi2 ambik dlm fon dia..si GA n LB borak2 la malam tu..tiap2 si LB ni akan text si GA..n macam2 diorang mesej..tapi, yg paling kesian..si GA guna celcom, si LB plak guna maxis..so, faham2 je la kan..si GA ni balik kena temankan kakak ipar n anak buahnya naik flight utk balik semula coz cuti da habis..si LB ni tawarkan diri nak ambik kat KLIA, tapi si GA tolak dgn cara baik coz abg GA yg akan jemput...

Bila dah balik kolej, diorang still contact cam biasa..ada satu malam tu, si GA ngah wat preparation for presentation keesokan harinya..n keesokan harinya tu jugak, bezday si GA..si LB mesej2 ngan si GA, kononnya nak temankan si GA yg rumate x balik lg time tu..bila da 12++, diorang still mesej lagi..n si LB ni buli si GA..si GA pun ckp la kat si LB yg ari tu bezday dia..si LB kononnya majuk2 coz x gtau dia..jap je dia majuk....kebetulan si LB ni ada 1 lg no celcom..n si GA pun bleh la call..dpt call free kan...malam2 je GA call LB...ada satu hari tu, si GA ngah ym ngan LB..tibe2 dia tulis bodoh..si GA pun tersentap la, terus x reply..terus si LB ni call GA, explain everything..dia ckp r time tu dia nak cakap kat rumate dia, tertaip kat ym plak..beria la si LB pujuk, sedangkan si GA ni da ok..n after that, diorang still keep in touch..call n mesej...

Bak kata pepatah, ku sangka panas sampai ke petang tapi hujan d tengah hari...lepas 2 minggu si GA n si LB berkawan, si LB tibe2 berubah..terus menyepi..mesej dah x reply, call pun x jawab..si GA sgt buntu bila pikir nape n ape yg da jadi..si GA ni mintak xplaination drpd si LB..LB just ckp dia stress...bila GA tanya stress nape, dia da x reply...dlm sehari, si GA bnyk mesej LB utk dapatkan penjelasan..tapi, habuk pun tarak..si GA da give up..but, at the same time si GA still x leh lupakan si LB..si GA pun decide utk x nak ganggu si LB lagi..walaupun si GA nak sgt tahu ape salah dia, ape dosa dia kat LB sampai LB wat dia camtu...ada satu petang, si LB anta chat kat fb..ayat si LB 'sorry, everything settle now'...si GA sgt hepi bila si LB ckp camtu, n si GA tnya ape yg settle..no respon from him...last year, si GA ada call si LB wish bezday..si LB jawab call tu, tapi masing2 da jadi kekok nak borak..si GA just wish bezday coz x nak ganggu si LB..

Skang, eventhough satu kolej..bila terserempak, no more say hye, no more smiling n no more everything..masing2 cam dont know each other..si GA sampai skang still x tau ape salah ngan si LB..n si GA still x leh lupakan si LB walaupun si GA da banyak kali try..si GA pikir +ve, maybe x de jodoh utk saling mengenali...n skang, si GA dpt tau yg si LB da ada awek..sebagai sahabat, si GA just bleh doakan kebahagiaan diorang walaupun si GA still tunggu explaination yg x mungkin ada utk si GA...

Kepada si LB, si GA sgt hepi n bersyukur dpt kenal si LB walaupun just jadi teman utk 2 minggu..si GA sgt hargai persahatan yg pernah terjalin..n si LB perlu tau, si GA x penah berdendam dengan LB ngan pe yg jadi ni..maybe ada hikmah di sebaliknya yg si GA n LB x tahu....

P/S^1 : Korang berhak utk menilai cerita ni...
P/S^2 : Cik rumate, syyyhhhh...u already know some part of this story.. n plez, keep it as ur secret...

Unedited - Version of myself

Sunday, January 16, 2011

: : Lelaki memang suke mengayat kan?? : :

Salam..

Maaf lelaki2..jgn sentap bila baca tajuk entry ni k.. =)

Al-kisahnya camni..dis morning ada la member kpd bestfren saye ni..x de la selalu sgt contact ngan mamat ni..bila on9 fb, dia tegor dulu..so, layan je la kan..mula2 tu cam merapu gak r..tanya dia ko mimpi ek, ke baru bangun tido..dia ckp x pon..yg paling ketara b4 dis, guna 'aku' n 'ko'..tibe2 ari ni pandai plak bahasakan diri guna nama..TERLALU BAIK kowt..saye pn pelik asal mamat ni tibe2 jd baik giler kan..pastu dia mintak no fon..as a fren, saye pn bagi je la..kawan je kan..then, he text me..macam2 dia merapu..mengayat..saye da terguling2 gelak kowt..ok, bab gelak tu tipu je..kikiki..x de r, pelik giler kowt..aish, agaknya camtu la bila orang lelaki da datang angin dia kan...

Gotta go..got meeting at 9 p.m..daaa....

P/S : Kpd kamu, kalo kamu baca post ni..sowi..bkn nk mengutuk ok..tapi kamu sgt pelik ari ni..i dont think u r d real person I know...

Unedited - Version of myself

Friday, January 14, 2011

: : Menyanyi dalam bilik air?? : :

Salam..

Aiseh..ni nak tanya..korang penah tak menyanyi masa dalam tengah mandi or pape je la?kalo penah sila angkat tangan..haaa, jgn bohong..tu ada yg sorok tangan bawah meja sebab malu nak mengaku kan..da banyak kali saye dengar org menyanyi masa dalam bilik mandi..maybe diorang nak praktis vokal, tak pun nak tunjuk bakat terpendam diorang tu kan..ye la, biasanya kalo nyanyi depan orang lain kang orang tegur ckp suara x best, cam katak panggil hujan plak kan..kalo nyanyi dalam bilik mandi, bkn orang cam pun suara sape kan..tak pun, just suka2 menghiburkan hati..haaa, maybe ada orang akan jawab camtu...

Tadi saye ada try search cari hukum menyanyi dalam bilik air..x de plak hadis ckp hukumnya haram..tapi, kita kena la faham2 sendiri..cam tak sopan la plak kan kalo menyanyi dalam bilik air, sedangkan bercakap2 pun x digalakkan..ada satu hari tu, saye terdengar sorang chinese ni tengah nyanyi..lagu rock ke ape ke x tau la plak coz x faham pon..haha..then, masa tu plak tengah azan..rasa bengang gak r, da bape kali saye berdehem..makin kuat ada r..xde perasaan tol..tapi x bleh salahkan dia jugak..dia bukan tau pape pun..so, ignore je la...kalo org Islam cane plak?tepuk dada tanya la iman..saye ni bkn baik sgt pun..korang jgn salah faham plak ye..x salah saling menasihati kan? :-)

Unedited - Version of myself

: : Boleh gedik-gedik dengan saya je tau.. : :

Credit to : Curahan hati mujahidah islam (FB).

Cuti sem baru bermula…Bulma dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.

Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..
Bulma : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??
Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..
Bulma : Sikit apa 15 minit ni b?
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
Bulma : Err..huhu~

Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?
Bulma : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..
Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..
Bulma : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..
Bulma : Err..huhu~

Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak  ipar dia ni..
Bulma : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?
Bulma : Err..huhu~

Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?
Bulma : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..
Bulma : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu
Bulma : Err..huhu~

Bulma : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!

[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]

Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab  dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Bulma : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Bulma…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”..huuhu kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Bulma : Tak payah nak tipu! [Bulma terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Bulma : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Bulma mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Bulma : Sayang sayang sangat kat B.. [Bulma mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Bulma : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Bulma…]

Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~

[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Bulma yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Utk renungan bersama..Wallahu’alam~

Unedited - Version of myself

Thursday, January 13, 2011

: : FESTIK 2011 dan amanah : :

Salam..

Mesti korang tertanya2 ape benda FESTIK tu kan..actually, FESTIK ni short form for festival teater interkolej..saye start join event ni masa sem 2 last year..hepi, tapi bila da kena submit kije pape memang stress..saye ni krew biasa je, bkn pelakon ok..kikiki..dulu masa nk join kena interview bagai tau, kira bkn senang la nk join..pastu selected la as one of krew publisiti..ari isnin lepas, ada interview utk budak2 junior..saye disuruh utk interview diorg..mula2 cuak gak coz x tau nk tanye ape..last2 saye tnye balik ape yg saye kena last year..kejam x?x kan...hihihi..

Semalam, lepas balik kelas kol 10.30, ada meeting utk pembubaran produksi FESTIK last year n pelantikan jawatan baru..saye tengah syok borak ngan member..tibe2, ketua publisti-fiqa...aik, salah dengar ke ape ni..memang x expect giler kowt..tapi, da orang bagi kepercayaan kat kita kan..so, kena jalankan tugas sebaiknya..bawah saye ada 4 org junior, 3 lelaki 1 perempuan..malam ni next meeting, so kita tengok la camne k..kitorang ada masa lebih kurang sebulan b4 pementasan..kalo tolak2 cuti, dalam 2 minggu lebih je...

P/S : Da lama x jadi ketua nih..insyaAllah, i'll do the best...

Unedited - Version of myself

Tuesday, January 11, 2011

: : Nape manusia ni sgt kejam?? : :

Sangat sedih bila baca berita sal budak meninggal kena dera dek mak tirinya..budak tu x tau pape kot..kalo nk ajar anak pon, jangan la smpai dera..yg paling bengang, si mak tiri ni ckp budak tu lemas..bila da wat bedah siasat, ada 73 kesan lebam kat badan budak tu..sgt kesian..eventhough budak tu bkn anak kandung dia, x yah la nk dera2..ish..ape punye manusia laa...

Ibu luluh dapat peluk anak selepas 3 bulan tak bertemu.

JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.
Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam.
Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.

“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.

Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Unedited - Version of myself

: : Yeay..ada improvement sket : :

Actually, just nk gtau yg saye da pandai wat cam kat atas ni..mesti korang ckp, "ape la org lain da berzaman reti wat"..nk kecoh2 plak minah ni kan..maaflah, saye ni memang jakun sket..(nah, ambik ko..da highlight besar2 tu)..i have to admit it..maklumlah, budak baru belajar kan..hehe..pape pun, thanks kat member saye yg ajar wat benda ni..kira cam cgu saye la..dia da expert bab2 blog ni..so, saye selalu refer kat dia..THANKS IL!!!

P/S : Tgk la status kt fb atas tu..luahan hati..bkn rekaan semata2 tau... =)
 
Unedited - Version of myself

: : Mawar berduri atau semalu tersembunyi? : :

Ada org tag note kat fb..so, renungkan bersama...

Wahai ukhti yang dikasihi
Usahlah menjadi MAWAR BERDURI
Memang ianya menjadi pujaan ikhwan masa kini
Memang ramai yang akan memuja serta memuji
Tidak kurang juga yang akan cuba menghampiri
Namun yakinlah diri mu itu dikelilingi duri
Dan sudah pastinya melukai tiap ikhwan yang menghampiri
Bisa saja ada yang akan bertahan menahan pedih hati
Terpesona dengan keindahan serta kecantikan pada diri
Namun bila dirimu berlalu pergi atau tidak mahu peduli
Munkin ada ikhwan yang bisa meredahkan dirimu pergi
Kerna mememilih berkorban untuk kebahagian dirimu yang dikasihi
Namun pasti ada juga yang tidak bisa menahan pedihnya hati
Juga tidak ingin mengerti ketentuan Ilahi
Biasa saja Ikhwan itu hilang pedoman diri
Biasa saja Ikhwan itu melakukan perkara yang menghancurkan diri
Hanya saja untuk melupakan dirimu sering menghantui
Namun apa yang palingku takuti
Bila Ikhwan itu hilang arah hidupnya nanti
Selgalanya menjadi marah juga benci
Ditambah hasutan nafsu serta Syaitan musuh dalam diri
Mungkin juga Ikhwan mengambil jalan mudah untuk dipilih
MENCANTASMU tanpa kamu menyedari

Fikirlah wahai ukhti yang dikasihi
Hati manusia umpama besi
Bila ianya sudah bengkok mahupun remuk nanti
Yakinlah sukar untuk ianya pulih
Kiranya pulih pun ianya sudah tidak seperti dulu lagi
Seperti juga kata2 yang sering didengari
Luka ditangan bisa sembuh dan dirawati
Luka dihati tiada yang tahu merawat serta sembuhnya nnti
Luka ditangan meninggalkan parut yang pasti
Juga sukar parut itu berdarah kembali
Namun di hati semuanya tidak pasti

Wahai ukhti yang dikasihi
Jadilah SEMALU BERDURI serta TERSEMBUNYI
Tidak kelihatan kecuali pada yang benar2 peduli
Juga mengerti serta memahami keberadaan diri
Melindungi kecantikan yang ada pada diri
Memeliharanya untuk meraih keredaha Ilahi
Menjaganya untuk yang layak serta halal untuk memiliki
Bisa saja Ikhwan tidak akan menyedari kehadiranmu nnti
Bisa saja Ikhwan tidak akan peduli kewujudan mu nnti
Namun yakinlah Ikhwan itu bukan yang TERBAIK untuk menemani
Terdapat berjuta Ikhwan didunia ini
Namun hanya SATU yang bisa menjadi SUAMImu nnti
Hatimu pastinya akan diuji
Hatimu pasti juga diselubungi sepi
Untuk melihat keikhlasan diri
Juga mendekatkan Cinta serta dirimu pada Ilahi
Serta Cinta mana yang utama bagi diri
Cinta atas redah Ilahi ataupun duniawi
Istikhara serta mohonlah pada Ilahi
Kerna hanya Dia yang Maha Mengetahui
Juga Maha Adil serta Maha Pengasih yang takkan PILIH KASIH
Yakinlah hanya yang TERBAIK yang akan diberikan-Nya nnti
InsyaAllah bila semuanya dalam redah, rahmat serta berkah Ilahi
Dirimu pasti akan dipertemukan dengan yang terbaik untuk memiliki
Juga InsyaAllah kebahagiaannya kekal ABADI(Dunia Akhirat)

InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..
Amin.. Amin.. Amin ya Rabbal 'Aalamin.. ^^

Unedited - Version of myself

: : Cinta sempurna : :

Like dis song..weee~

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Unedited - Version of myself

Monday, January 10, 2011

: : AJL25. Teka-teki dah berakhir : :

Salam..

AJL da habis..ana raffali menang..unexpected..ingatkan org lain, tapi nak wat cane kan..pape pun, itulah namanya rezeki masing2..x de sape boleh pertikaikan..performance sume artis mmg mantap especially faizal tahir n hafiz...so, teka-teki sape menang da terjawab n terimalah seadanya...=)

Unedited - Version of myself

Friday, January 7, 2011

: : Benci orang yg merokok : :

Nah..statement..ambik ko!

Terus terang ckp..saye mmg benci or kalo ayat baik sket, saye x suke org merokok..yup, tu mmg hak diorg nk merokok ke x..tapi, bayangkan org yg x merokok walaupun just terhidu asap rokok, kesannya lebih bahaya drpd org yg merokok tu tahu?kawasan larangan merokok pun, ada yg wat dekkk je..kalo ye pun nak cari penyakit, x perlu la nak libatkan orang lain..iye x??kalo org merokok ni, tgk gaya pn kita bleh tau..warna bibir, nafas yg berbau n macam2 lagi..dlm family saye pon, abg2 saye jugak smoking eventhough abah saye x penah sentuh that thing..tu la akibat terpengaruh..kitorg da bape lg sound direct kat abg2 saye, tp kalo da addicted sangat susah tambah2 x de niat nk berubah..asyik tangguh je, last2 habuk pn tarak...

Skang ni bkn kaum adam je yg merokok..kaum hawa pun da ramai yg terjebak..budak2 sek ape lg..aishhh..ape la yg dapat ngan merokok tu kan..nauzubillah... yg herannya, da heboh tagline "merokok membahayakan kesihatan", dekat kotak rokok pn macam2 amaran..macam2 benda yg dicampur utk hasilkan rokok tu..tapi, kerajaan still benarkan jugak...

Ok, sudah..saye x mo merepek panjang2..kang org missunderstood plak..pape pn, jagalah kesihatan diri kita sebaiknya..kalo da macam2 penyakit ada, susah...so, 
...

...
...

KATAKAN TAK NAK PD MEROKOK...

P/S : Just my own opinion..x de kaitan ngan yg hidup mahupun mati..arap maklum..

Unedited - Version of myself

: : Room alone : :

Salam..

Yg biasa kita sume dengar home alone kan..tapi saye kali ni room alone..sbb my rumate balik..biasanye wiken saye akan balik umah abg kat kajang, n rumate saye plak kat bangi..mentang2 la umah kitorg dekat je kan..sem ni saye ada koko setiap pagi sabtu..kalo last sem, asal wiken je mesti bilik kitorg kosong..so, org yg nk jmpa kitorg pn da faham..weee~

P/S : Smpai hati kamu cik rumate tinggal saye sorang2 kat sini (wat ayat sedih sket)...

Unedited - Version of myself

Thursday, January 6, 2011

: : White hair @ rambut putih : :

Ape tu?x kan x tau..alah, ckp je la uban..kan senang..x gitu?

Golongan yg berumur 30++ kebiasaannya akan mengalami perubahan warna rambut atau lebih dikenali sebagai uban. Malah, sesetengah para remaja pun turut mengalami situasi ini. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan rambut putih atau uban dan apakah cara untuk mengatasinya? (ceh, bajet cam nk wat karangan spm plak kn..ayat pon tunggang langgang..haha). Ok, siyes...
Tahukah anda mengapa rambut beruban? Yang sebenarnya uban bukanlah hanya disebabkan oleh faktor usia sahaja tetapi uban juga berlaku pada peringkat remaja malahan kanak-kanak juga.

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya. Menurut kajian dari bidang dermatologi Universiti England, terputusnya rantai reaksi inilah akan memberi implikasi terjadinya senario rambut putih di kalangan manusia.

Actually, warna rambut telah ditentukan kepada kuantiti dan jenis-jenis melanin dalam setiap helai rambut. Terdapat 2 jenis melanin pada rambut iaitu Eomelanin (warna hitam) dan Phaeomelanin ( warna kuning). Selain dari itu rambut beruban berlaku apabila sel-sel bulbar melanogenetik mengeluarkan sel melanin. Jika rambut anda berwarna perang bermakna sel-sel bulbar melanogenetik masih mengeluarkan melanin tetapi masih tidak mencukupi.

Sebab-sebab terjadinya rambut beruban.

1. Faktor genetik. Ia memang tidak boleh dicegah kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal boleh berlaku pada anak mereka.

2. Kekurangan vitamin. Tubuh yang kekurangan vitamin B dan zat besi akan cepat berlakunya pertumbuhan uban.

3. Kekurangan gizi, boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotien sangat di perlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya hidup. Terdedah kepada asap rokok menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

5. Rawatan yang tidak sesuai. Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan radiasi. Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat epat membantu pertumbuhan uban.

Rambut lazimnya berwarna hitam. Namun, terdapat sesetengah orang yang rambutnya berwarna perang terutama bagi mereka yang tinggal di negara barat. Tahukah anda bahawa rambut boleh kehilangan warna kerana disebabkan oleh kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam tubuh. Ia juga turut dikenali sebagai pigmen.

Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun. Kemungkinan ia akan berhenti membekalkan bahan pewarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.Bagaimanapun, keseluruhan rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu keseluruhan rambut akan beruban bergantung kepada tempoh biologi masing2. Uban adalah proses semulajadi yang berlaku seiring dengan pertambahan usia. Seseorang yang beruban sebelum waktunya atau lebih awam disebut sebagai 'premature greying'...

Cara mengelakkan rambut beruban.
~ Ambil makanan yang tinggi kandungan protein. Makanan tambahan yang bersifat anti uban juga boleh dimanfaatkan untuk membantu mencegah proses tumbuhnya uban.

~ Vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi. Nutrisi daripada vitamin2 ini memberi warna hitam pada rambut. Contohnya gandum, beras, hati ayam dan hati lembu.

~ Vitamin E baik untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban. Contohnya, urutan dan creambath.

~ Sekiranya tiada pilihan, warna rambut boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut beruban. Sebaiknya, pilihla warna rambut yang mengandungi bahan semulajadi

~ Kaedah penanaman rambut atau hair multiplication. Rambut sihat ditanam lebih banyak dan sel rambut baru akan menutupi uban.
SUMBER : KOMUNITI GEMPAKZ

Unedited - Version of myself

: : Our new family member : :

Saye dpt kazen baru dis week..baby girl..maka, bertambahlah lagi generasi perempuan dlm family besar saye yg majoritinye pmpuan..hehe..akhirnye, tercapai gak hasrat my auntie nak dpt anak pmpuan sbb 2 org anak dia sblum ni lelaki..kitorg sume hepi...x sabar rasanya nak jmpa ngan baby..maybe raya cina ni kitorg wat rombongan g umah my auntie kt n9..baby, wait 4 us ok!weeee~

khaleesya alleya
3 januari 2011; 7.15a.m.
2.75kg

CONGRATZ TO UNCLE TAJUL, CHE UMI, HAIQAL N HAKIM....!

Unedited - Version of myself

Wednesday, January 5, 2011

: : What people think bout me : :

Semalam, penuh kt fb org main game..just for fun  which is "Inbox me ANY number between 1 and 5000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is... :) "...sy pn try la anta kat member2..ni la yg diorg reply...
3009::yehaaa~~ore ngeri kito tuh!!hahaha..sy knal awk mlalui fb sorg kwn..agk trkjut n teruja nk taw cmne awk leh knal ngn kwn sy tu..rupe2 korg 1 skola..hehehe..urmm.. kite x smpat nk knal lbh dkat kan?xpe..nnty kite wt reunion kat mac de mache!!!hahahaha
***
[1001] ha,ko la bdk mstri mse kt mtrx dlu kn?nme ade,tp org ny xnmpk2 lg dlm clas..mse ko dh dtg,aq igt ko ni pendiam.tkt nk tgo.tp dh lme2,ok je..well,bdk clas kte kn mmg sme cool~heheh..rnd plak rse..erm,gye mmg ayu,tp aq taw ko tegas.kdg2 grg jgk.hihi..rjn stdy.terer math.tp aq frust jgk la.kte ni nme je 1 u.tp xpnh lg kua sme kn???
***
4001: haaa.dia neh.si dia aku knal secara rapat mase satu event kolej tu. ble da kenal, aku ap lg, ske la usik2.tp dia ni cam tak kesah sgt.lepas tu da jmpe mesti tegur la dia neh.dia baek orgny.aku ske bace blog dye n komen bagi semngat kt dia.hehe.haa aku pon bru taw dia negeri jiran ngan aku.haha~ =]
***
[4999]..ko pn nk gak...adoyai...haha...emm...yg pnting knal ko kt mtrix r..ko msok lmbat...so x bpe borak sgt ngn ko...kdg2 je...ingtkan pndiam...ble da jmpe skutu leh than gak ko nye riuh..hahaha..nway...nice 2 knoe u lar...all the best..
***
[2354] my kelantanese teacher..hahaha.tp de sorg ag co-teacher...three of us= ♥! cene ble rapat mmg xde lam memory..xtau nape..tp x kisah la,cz yg pntg kita de kisah kita bersama..paling best kat A4 laa..g lepak blk smpai tetdo..konon study la kn?pdhal dok maen ngan korg..hahaa.really miss u guys...!
2 je coz da penat nk pilih no...haha...

Unedited - Version of myself

: : Serlahkan bakat memasak anda : :

Haha..tajuk entry x leh blah kan..masa sem break ari tu, saye sgt la bosan dok umah..x tau nk watpe..so, dpt idea nk main masak2 (main2 pn jadi gak tau..haha)..saye pn kuar la bandar cari barang2 sket..tapi saye jenis x suke masak lauk-pauk, just lebih kpd appetizer..antara yg saye wat ialah puding triffle, makaroni bakar, salad buah pear n ada la 2 3 jenis lg..meh nk share resepi sket..resepi saye ni tersangat la simple..main campak2 pn bleh (logik ke camtu?pape je la)...

PUDING TRIFFLE (resepi ni ambik ngan kak ipar saye)

Bahan-bahan :
1 kotak susu full cream dutch lady
7 sudu tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran (boleh juga guna buah peach n others) - diasingkan buah dan airnya
1 kek swiss roll (dipotong)
Gula secukup rasa

Cara-cara membuat :
1. Letakkan sedikit susu segar ke dalam mangkuk dan masukkan tepung kastard. Kacau hingga sebati kemudiaan ketepikan.

2. Panaskan susu segar yg selebihnya hingga mendidih. Masukkan tepung kastard yg telah dibancuh tadi. Masak sehingga betul-betul pekat. Tutup api.

3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek swiss roll hingga memenuhi semua ruang bekas. Basahkan dengan air buah-buahan tadi.

4. Tuangkan bancuhan kastard tadi ke dalam ke atas susunan kek tadi dan ratakan.

5. Letakkan buah-buahan campuran di atas bancuhan kastard.

6. Sejukkan sebelum dihidang.

cam ni la lebih kurang rupanya..gambar hiasan coz x ambik gambar pn wat ari tu..huhu...
P/S : selamat mencuba..nanti lain kali saye share resepi lain plak k...

Unedited - Version of myself

: : Dia sgt cumel oke : :

Dia sgt comey....saye suke sgt dia...cute jer...rasa cam nk cubit2 je dia..dia da pemes skang nih...AMANI a.k.a MIASARA NASUHA sgt comey.......i like...smg mia akan menjadi pelakon kanak2 yg berjaya n bleh seimbangkan pelajaran n lakonan...tgk mia ni, ingat plak kat anak buah saye..umur baru nk masuk 2 thn..tp mulut, pot pet pot pet....

mia yg sgt cumel..

wan sarah alisya..