Saturday, January 22, 2011

: : Mitos..fakta atau auta? : :

Salam..

Korang percaya tak tentang mitos ni?Actually, mitos memberikan pelbagai definisi. Kamus Dewan (1997, hal. 894) mendefinisikan mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap benar atau dipercayai. Nenek moyang kita dulu banyak wat pantang larang, padahal benda tu tak semestinya betul. Mereka tak tegur atau sound direct, tapi banyak memberikan teguran yg mempunyai maksud yg tersirat. Kalo zaman budak2 dulu, memang percaya 100% la kan..terus x buat bila dah kena tegur. Terpulang la pada diri kita sendiri sama ada nak percaya ke tak benda tu. Bagi saye, bleh kalo nk percaya tapi jgn terlalu taksub. Just my opinion ok..Kat bawah ni ada beberapat contoh pantang larang yg saye maksudkan..

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
   - Bantal tempat letak kepala, bukan punggung.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
   - Waktu Maghrib sepatutnya kena solat Maghrib.

3. Dilarang mencucuk jarum waktu malam, nanti didatangi sial.
   - Dikhuatiri tercucuk jarum.

4. Jangan tidur selepas makan, nanti perut buncit.
   - Kerana proses penghadaman dlm perut ambil masa selama 2 jam.

5. Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tidak nasi menangis.
   - Untuk mengelakkan pembaziran.

6. Dilarang memotong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur.
   - Untuk mengelakkan dari terpotong isi.

7. Anak dara jgn menyanyi di dapur, nanti kahwin dgn org tua.
   - Untuk mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.

8. Jangan duduk di depan pintu, nanti lambat dapat jodoh.
   - Dikhuatiri terlanggar org yg membuka/menutup pintu.

9. Jangan mandi pada waktu malam, nanti sakit tulang.
   - Mandi pada waktu malam tidak baik utk kesihatan.

10. Makan dalam pinggan sumbing, nanti dapat anak sumbing.
   - Mengelakkan dari terkena luka dari bekas yg digunakan itu.

11. Jangan memukul, mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yg bakal lahir cacat.
   - Bagi mengelakkan penganiayaan terhadap binatang.

12. Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta dicuri orang.
   - Dikhuatiri akan mengganggu jiran dan membuat bising di rumah.

13. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk rumah.
   - Dikhuatiri ular masuk dalam rumah dan mendatangkan bahaya.

14. Jika sesat di hutan jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
   - Dikhuatiri binatang buas seperti buaya akan menyerang.

15. Tidak boleh menjelir lidah, nanti dipotong lidah.
   - Menjelir lidah boleh menyakitkan hati seseorang.

Unedited - Version of myself

1 comment:

Anif Abdullah ® said...

ada kebenaran gak..yang saya tau mitos yg leh diguna pakai jika beri kebaikan kemudian hari,mcam kecik2 lu selalu dgr..
-jgn tiup pengasah nanti tumpul..
-rama2 terbang dalam umah,tanda orang nak dtg.haha