Thursday, January 6, 2011

: : White hair @ rambut putih : :

Ape tu?x kan x tau..alah, ckp je la uban..kan senang..x gitu?

Golongan yg berumur 30++ kebiasaannya akan mengalami perubahan warna rambut atau lebih dikenali sebagai uban. Malah, sesetengah para remaja pun turut mengalami situasi ini. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan rambut putih atau uban dan apakah cara untuk mengatasinya? (ceh, bajet cam nk wat karangan spm plak kn..ayat pon tunggang langgang..haha). Ok, siyes...
Tahukah anda mengapa rambut beruban? Yang sebenarnya uban bukanlah hanya disebabkan oleh faktor usia sahaja tetapi uban juga berlaku pada peringkat remaja malahan kanak-kanak juga.

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya. Menurut kajian dari bidang dermatologi Universiti England, terputusnya rantai reaksi inilah akan memberi implikasi terjadinya senario rambut putih di kalangan manusia.

Actually, warna rambut telah ditentukan kepada kuantiti dan jenis-jenis melanin dalam setiap helai rambut. Terdapat 2 jenis melanin pada rambut iaitu Eomelanin (warna hitam) dan Phaeomelanin ( warna kuning). Selain dari itu rambut beruban berlaku apabila sel-sel bulbar melanogenetik mengeluarkan sel melanin. Jika rambut anda berwarna perang bermakna sel-sel bulbar melanogenetik masih mengeluarkan melanin tetapi masih tidak mencukupi.

Sebab-sebab terjadinya rambut beruban.

1. Faktor genetik. Ia memang tidak boleh dicegah kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal boleh berlaku pada anak mereka.

2. Kekurangan vitamin. Tubuh yang kekurangan vitamin B dan zat besi akan cepat berlakunya pertumbuhan uban.

3. Kekurangan gizi, boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotien sangat di perlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya hidup. Terdedah kepada asap rokok menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

5. Rawatan yang tidak sesuai. Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan radiasi. Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat epat membantu pertumbuhan uban.

Rambut lazimnya berwarna hitam. Namun, terdapat sesetengah orang yang rambutnya berwarna perang terutama bagi mereka yang tinggal di negara barat. Tahukah anda bahawa rambut boleh kehilangan warna kerana disebabkan oleh kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam tubuh. Ia juga turut dikenali sebagai pigmen.

Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun. Kemungkinan ia akan berhenti membekalkan bahan pewarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.Bagaimanapun, keseluruhan rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu keseluruhan rambut akan beruban bergantung kepada tempoh biologi masing2. Uban adalah proses semulajadi yang berlaku seiring dengan pertambahan usia. Seseorang yang beruban sebelum waktunya atau lebih awam disebut sebagai 'premature greying'...

Cara mengelakkan rambut beruban.
~ Ambil makanan yang tinggi kandungan protein. Makanan tambahan yang bersifat anti uban juga boleh dimanfaatkan untuk membantu mencegah proses tumbuhnya uban.

~ Vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi. Nutrisi daripada vitamin2 ini memberi warna hitam pada rambut. Contohnya gandum, beras, hati ayam dan hati lembu.

~ Vitamin E baik untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban. Contohnya, urutan dan creambath.

~ Sekiranya tiada pilihan, warna rambut boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut beruban. Sebaiknya, pilihla warna rambut yang mengandungi bahan semulajadi

~ Kaedah penanaman rambut atau hair multiplication. Rambut sihat ditanam lebih banyak dan sel rambut baru akan menutupi uban.
SUMBER : KOMUNITI GEMPAKZ

Unedited - Version of myself

4 comments:

Aimi Razman said...

thanks for sharing :)

zaty luvlianncezzz said...

waaaaa..xmaw rambut da uban..huhu
dh follow u back :)

cik fiqa said...

aimi >> sharing is caring rite... =)

zaty >> tau x pe..tp jgn risau k...chill...

Anonymous said...

Hey I discovered this website to be actually interesting!
Bookmarked!

Here is my web site :: i'm having trouble getting pregnant