Thursday, April 28, 2011

: : Percubaan pertama yang agak berjaya : :

Agak terkezut bila tengok total orang yang join contest dah lebih 100 orang..unexpected!maknanye percubaan kali pertama ni membuahkan hasil..sangat2 hepi..hari tu ada terfikir nak buat contest kat blog ni..tapi takde idea lagi,so abaikan dulu..tiba2 ada satu malam tu tengah study dapat idea pasal contest ni..ape lagi, terus design banner bagai dan esoknye terus tag blogger lain..sangat gigih..kalau la study segigih ni..hihi..takpe,cari pengalaman kan..bukan senang nak buat ni.. :)

To all contestant :
** Thanks coz dah join contest ni!!

** Saye akan follow korang balik..tapi bukan sekarang ok..coz sekarang tengah busy dengan final exam..dah habis exam, i'll follow u all..jangan risau.. :D

** So far, saye akan just review link korang..tak finalize lagi..tu pun curi2 bukak blog..

** Ada yang tanye hari tu, macam mana saye menilai pemenang..saye akan nilai dari aspek jawapan korang..tak semestinye formal..boleh je jawapan yg unik dan lain dari lain..yg penting jujur semasa menjawab..

** Saye akan start finalize contest ni lepas tarikh tutup iaitu 31/5/11..

** Korang kena selalu alert..sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan..

So, nak cakap :

dan 

Kepada sesiapa yg tak join lagi, boleh je..sila2 join..lagi ramai lagi meriah kan..bersainglah secara sihat... :)

Unedited - Version of myself

: : CINTA vs SAYANG vs SUKA vs MINAT : :

Salam..

Tadi dah lepas satu paper..keluar dewan semua ting tong..dah usaha dan buat yg terbaik..so,tawakal je la..

Korang tahu tak ape beza cinta-sayang-suka-minat..walaupun kita rasa benda tu lebih kurang sama je, tapi ada maksud di sebaliknya..meh nak share sket...

CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. 
Dalam erti lain : cinta ditujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

SAYANG
Kita memerlukan dia ketika kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.

SUKA
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
Dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak dan penghibur kepada kita.

MINAT
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
Dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan. 

Haaa..korang dah tahu korang tahap yg mana satu?Tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu …betul ke?sama2 la kita fikir ok... :)

P/S : Sedang mengenali hati budi seseorang~ ^^

Unedited - Version of myself

Wednesday, April 27, 2011

: : What the fish u are!!! : :

Salam..
Lepas study almost 4 hours tadi,ingat release la tension..online jap..bukak fb..ada la member saye ni share kat fb tu..

Tengok je tajuk tu, terus rasa nak bukak..coz tajuk die panas beb..tajuk die "BENARKAH ANAK MUDA PEREMPUAN KELANTAN TAKDE ADAB"...

wak luuu!!bila dah baca,memang bengang giler la..bengang sebab suke suki mak ayah atok nenek moyang die je nak mengutuk dan menghina..saye rakyat kelantan ni memang la bengang eventhough bukan semua orang cam dia cakap tu..kalau nak tau nape saye marah2 ni, korang boleh klik blog itu..then,korang nilai la sendiri..

Saye bukan nak mengaibkan sape2..just nak mengingati sesama kita..tak salah kalau nak menulis, tapi biarlah yg bersesuaian..jangan main ikut perasaan je..jgn kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

Peace,no war! ^^

P/S^1 : Jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran semata2..
P/S^1 : Satu jari kita menuding jari ke arah orang lain,selebihnya akan menuding diri sendiri.. 

Unedited - Version of myself

Tuesday, April 26, 2011

: : Kisah PENSEL dan PEMADAM : :

Salam..

ni ape benda tibe2 wat entry sal pensel dan pemadam?tau la nak exam kan..entry pun pasal stationary kah?? :D

Pensel : Maafkan saya pemadam…

Pemadam : Kenapa? Awak ada buat salah ke?

Pensel : Maafkan saya, kerana awak sakit untuk saya. Setiap kali saya buat silap, awak pasti ada untuk saya padamkan kesilapan itu. Tetapi, tatkala kesilapan itu hilang, awak hilang sebahagian daripada diri awak. Awak semakin kecil dan mengecil setiap kali memadam kesilapan saya.

Pemadam : Itu betul. Tapi saya tak kisah. Saya memang dicipta begini. Saya memang dicipta untuk membantu awak apabila awak buat silap. Walaupun satu hari nanti, saya akan mengecil dan habis, dan awak akan cari pemadam baru, saya gembira dengan tugas saya.

Ni utk kamoo..
"Saye tak mampu jadi sebatang PENSEL yang mencoretkan kebahagiaan untuk kamu..tapi,setidaknya saye hanya boleh jadi PEMADAM yang memadam kesedihan tatkala kamu sedang berduka.." ^^

P/S : Esok..lusa..then,first paper..hoho...

Unedited - Version of myself

Sunday, April 24, 2011

: : Kisah dongeng yang bermakna : :

Salam..
sgt suke lagu ni..
drpd semalam ulang lagu ni je..
very meaningful lyrics to me..
cewahh...
layan~
KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Unedited - Version of myself

: : Final exam sem 4 2010/2011 : :

Final exam around the corner..
tapi,still sempat lagi update blog..
siap wat contest lagi..
weee~
time study week ni jugak la banyak idea nak update blog..
kalo tak,tak kesah blog bersawang berhabuk pun..
aishh,dugaan..

28 APRIL 2011
VECTOR ANALYSIS

4 MEI 2011
MODERN ALGEBRA

5 MEI 2011
PENGUCAPAN AWAM

7 MEI 2011
BAHASA MANDARIN

8 MEI 2011
COMPUTER PROGRAMMING IN MATHEMATICS

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
YA ALLAH..
berkatilah segala ilmu yg telah aku perlajari selama ini..terangkanlah hatiku dan lapangkanlah dadaku supaya aku dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik..terangkanlah hatiku, berilah petunjukMu Ya Allah..amin....

P/S : Wish me best of luck..

Unedited - Version of myself

: : Ramai member lelaki dilabelkan sebagai PLAYGIRL? : :

Salam..
terasa cam nak buat entry pasal ni la..
bukan pengalaman,tapi just nak cerita pasal persepsi masyarakat sekeliling kita ni..
bila seseorang perempuan tu ada ramai member lelaki terus dia dicop sebagai PLAYGIRL..
tapi kalo lelaki ramai member perempuan x ada plak nak kecoh2..
adil ke camtu?

orang sekeliling akan cakap...
...
...
...
...
...
...
"ramai sgt member lelaki..mesti playgirl tu"

atau

"giler playgirl minah tu,semua lelaki nak layan"

tu la antara contoh2nye..
kita x boleh menilai seseorang tu based on luaran je..
bak kat omputih 'dont judge a book by its cover'..
tak gitu?
sebab tak salah kalo nak berkawan ngan sape2 pun..
asalkan tahu batas2nye.. :)

P/S : Berkawan biar seribu,bercinta biar satu.. ^^

Unedited - Version of myself

Saturday, April 23, 2011

: : What goes around comes around : :

Salam..
korang percaya tak bila kita wat something kat orang lain,kita akan dapat balasannye..
the same thing will happen to us..
cepat atau lambat je..
Allah Maha Adil..
kalau Dia nak tunjuk,on the spot pun boleh..
jangan buat jahat kat orang lain k..
yg paling penting,jangan berdendam atau iri hati dengan sape2..
wallahualam..

P/S : Entry ni x de kaitan dengan sape2..just utk ingatan diri sendiri..

Unedited - Version of myself

Friday, April 22, 2011

: : Rutin harian sepanjang minggu ni : :

Salam..

Mostly semua U sekarang tengah study week kan..tapi,ada je U yg dah start exam..saye punye 1st paper 28hb ni..so,sekarang tengah ber'study week' la konon..padahal ber'senang2 week'.. :D

Hari2 rutin sama je..bangun pagi dengan muka tak basuh rambut mengerbang (ok,itu tipu) terus online..paling tak pun bukak pakcik mukabuku tu..padahal x de ape pun..tapi,memang dah jadi cam benda wajib benda tu..pastu baru la terhegeh2 nak pergi mandi and breakfast..breakfast pun biasanye kol 10 lebih..so,just makan biskut coz kol 12 nak tapau lunch plak..asal tengah hari je baru la ramai student keluar pegi fudkot..padahal sebelum tu semua menyorok dalam bilik..study la kowt..

Sambil2 lunch, sempat aje mengadap laptop..layan cerita korea..biasa lah, sambil menyelam minum air..semua ni gara2 terpengaruh dgn rumate yg asyik layan cerita korea je..saye start tengok since last a few days..sekarang ni dah episod 13,overall ada 20 episod..dlm satu hari tengok 2,3 episod camtu la..giler nak habiskan semua episod terus..1 hari pun belum tentu habis kot..pastu off lappy,start study..x sampai 3 jam, dah ada syaitan dok bergayut kat mata ni..bile dah ngantuk,nampak katil je la..baring2 jap dah TERlelap..TER ok,bukan sengaja..weee~ 

Pastu bangun petang, bukak lappy balik..biasanye saye x kan study kalo dah senja2..x elok..so,manfaatkan masa dgn layan cerita korea lagi sambil menjamu selera..menu setiap petang ialah roti gardenia dan peanut butter..sebab dah malas nak gerak pegi fudkot..tiap2 petang bantai roti..so,dlm satu hari sekali je makan nasi..ni kalau mama ngan abah tahu,memang sah kena membebel..

Then, malam baru la start study yg betol2..dgn lappy x bukak..time study week ni,mata ni mengada tau..pandai2 je wat rule sendiri-limit sampai kol 2 pagi je..sebelum ni x tido pun x pe..so,bila dah kol 2 memang kena tido..camtu la rutin saye sepanjang minggu ni, start dari isnin lepas sampai la hari ni..pasni x bleh main2 dah..kena serius..serius la sgt kan.. :)

P/S^1 :Kena setup balik niat..
P/S^2 :Thanks pada sape2 yg join contest tu..got positive feedback.. :)

Unedited - Version of myself

: : Tradegi 1/1/11 yang menyayat hati : :

Salam..
saye baca note ni drpd salah satu page kat fb..
saye rasa cerita ni menarik utk dikongsikan bersama..
sama2lah kita baca dan renungkan~

"
Salam semua……nak dengar satu kisah tak….kisah sedih yang terjadi diantara antara dua orang insan yang bergelar perempuan dan lelaki…..kisah ini terjadi pada 1.1.2011….kisah bermula begini….

Ada sepasang kekasih….si lelaki dan si gadis sudah lama tidak berjumpa…maklum lah..mereka sudah lama tidak bertemu…..si lelaki sibuk dengan tugasnya dan si perempuan pula duduk jauh di kampong kerana bercuti semester……dan sebelum ini sibuk belajar di ipta…..

Maka setelah lama tidak berjumpa..akhirnya si lelaki mengambil keputusan untuk datang ke rumah si gadis walaupun jarak sangat jauh kerana mereka tinggal di berlainan daerah……
Si lelaki hanya menaiki motor dan sanggup meredah jarak jauh perjalanan kerana cintanya pada si gadis…walaupun hari sudah mula hujan namun si lelaki itu tabah meneruskan perjalanan…

Alhamdullilah dengan izin allah si lelaki sampai jua ke rumah si gadis….maka si gadis melayan si lelaki dengan baik sekali……namun sedang rancak berbicara dan berkongsi cerita..tiba2 suasana bertukar menjadi tegang…mereka telah bergaduh kerana hal yang kecil ..semuanya bermula dari cemburu…

Si gadis cuba menenangkan perasaan si lelaki namun tidak berjaya…..si lelaki berasa tercabar kerana selama ini dia telah banyak memberi peluang kepada si gadis…si gadis  terus meminta maaf dan menerangkan salah faham tersebut…namun si lelaki tidak mahu dengar…

Hujan di luar rumah semakin lebat…..bunyi guruh semakin kuat…suasana bertukar muram seolah2 memahami pergolakan sepasang kekasih yang telah 3 tahun bersama……
Tiba dalam keadaan hujanlebat itu si lelaki lantas keluar rumah…memecut motor….meninggalkan si gadis yang terkejar2 dalam kehujanan itu…namun sia2….si lelaki lebih pantas memecut motor…

Si gadis terus menangis dalam hujan lebat itu….sedih…tapi bukan sedih di tinggalkan dalam hujan tapi sedih kerana risau kan keadaan lelaki itu yang meninggalkan nya dalam kedadaan marah, memecut motosikalnya dengan laju…..dalam keadaan hujan lebat begitu…..macam2 bisa terjadi..dan si gadis tidak mahu membayangkannya….

Keluarga si gadis…pantas mendapatkan si gadis dan menenangkanya…..namun si gadis tetap menangis…hatinya berdebar2…hujan tidak berhenti… malah turun mengiringi air mata si gadis…sekelipmata kegembiraan yang berbulan2 di tunggu menjadi air mata dalam sekelip mata….

Si gadis tidak henti2 mendail no lelaki itu…..namun tiada jawapan…sms yang di hantar juga tidak berbalas…namun si gadis tetap berusaha….sehingga mendapat jawapan..namun hampa…hujan makin lebat….dan hari semakin gelap…..si gadis trus mencuba namun tiada jawapan…..malah ketika si gadis menaip luahan ini belum ada  berita daripada si lelaki….

Tiba2….sedang si gadis sedih menanti jawapan..tiba2….hp nya berbunyi…….Ya allah ….hampir pengsan si gadis menerima berita si lelaki telah meninggal dunia akibat bertembung dengan lori…..seluruh tubuh lemah tak bermaya….baru tadi mereka bertemu…ketawa…bercanda…kemudian bergaduh besar…..lalu sekarang berita kematian si lelaki yang di terima…..

Lebih menyayat hati…si lelaki yang cedera parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian….asyik menyebut nama si gadis….

Si gadis terus menangis….hampir meraung…walau di tenangkan oleh keluarganya….namun sebanyak manna pun tangisannya…sekuat mana pun raungannya….yang pergi tetap tidak kan kembali……yang mati tidak mungkin hidup kembali…….

Dan tarikh 1.1.11 terus di ingati……..pembukaan tahun yang dimulai dengan kegembiraan awalnya namun di sudahi dengan tangisan akhirnya…..

*********

Moral of the story :
Jika ada salah faham selesaikan lah dengan cara yang terbaik…

jangan buat tindakan yang terburu2 yang  akan membuat kita mnyesal…

dan yang paling penting…

Jujur dalam setiap perhubungan kita tidak kira lah dalam 

persahabatan….percintaan….perkahwinan…hatta kekeluargaan sekalipun….

jangan sesekali sakiti hati orang yang kita sayangi dan cintai….

kerana jika hati mereka di sakiti…sukar untuk di ubati….

hargai orang kita sayangi dan cintai sementara masa mereka masih hidup…..

sementara kita boleh melihat mereka…mendengar suara mereka….

berkata2 dengan mereka….kerana sekali mereka pergi meninggalkan kita…

tak mungkin mereka akan kembali 

walau air mata darah sekalipon yang kita keluarkan….
"

Unedited - Version of myself

Wednesday, April 20, 2011

: : Kasihi dan sayangilah kedua ibu bapa kita : :

Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian

Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan
Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami..

kakak sayang abah n mama..muahx!

Ya Allah..
peliharalah kesihatan dan kesejahteraan kedua ibu bapaku..
kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku..
bahagiakanlah mereka..
aku ingin sentiasa melihat bibir mereka mengukir senyuman..
aku tak ingin melihat mereka berduka..
jadikanlah aku seorang anak yg taat pada kedua ibu bapaku...
amin ya rabbal alamin...

P/S^1 : Rindu sgt kat abah n mama..
P/S^2 : Sayangilah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada..

Unedited - Version of myself

Monday, April 18, 2011

: : Bahasa orang kelate : :

Sumber : Eyra Nawawi
Cuba korang baca..kalau ada yg faham walaupun bukan orang kelantan,memang salute lah! :)

baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..

Kantoi 1:Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni".

Kantoi 2:Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…

Kantoi 3:Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..

Kantoi 4:kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang

Kantoi 5:cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)

Kantoi 6:cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7:ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe

Kantoi 8:kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”

Kantoi 9:“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”

Kantoi 10:Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......

Kantoi 11:kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12:peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...

Kantoi 13:masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha

Kantoi 14:masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Kantoi 15:member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....

Kantoi 16:ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"

Kantoi 17:Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”

Kantoi 18:Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]

Kantoi 19:haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20:aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21:tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22:aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23:membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24:budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25:Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..

Kantoi 26:Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....

Kantoi 27:Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...

“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”

Kantoi 28:dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....

Kantoi 29:ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."

Kantoi 30:didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...

Kantoi 31:ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....

Kantoi 32:ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..

Kantoi 33:mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "

Kantoi 34:Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...

Kantoi 35:pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kantoi 36:aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta

Kantoi 37:maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..

Kantoi 38:teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"

Kantoi 39:Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA

heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud

Kantoi 40:so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko

Kantoi Tahap Dewa:
Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...

P/S^1 : Gelak terbahak2 masa 1st time baca ni..
P/S^2 :  Ada yg cakap bahasa orang kelantan ni bahasa unik..

Unedited - Version of myself

: : Menjengah ke tempat rasmi Akademi Fantasia 9 : :

Salam..
sabtu lepas masa tengah lepak2 tengok konsert AF,my sis-in-law cakap kat my bro..
"jom kita pegi tempat dak2 AF ni"..
my bro cakap "boleh je"..
then,tengah hari ahad kitorang pun gerak la g JUSCO AU2 Setiawangsa..
disebabkan kelaparan,kitorang menyerbu foodcourt dulu..hihi..
pastu baru la jalan2 and drop by kat tempat dak2 AF tu..
time tu diorang semua tengah siap2 nak pegi lunch kat pizza hut..
nampak la semua, dan ape yg boleh cakap most of them look natural without make up..
kalo make up tebal2 nampak tak lawa..
pandai2 je nak komen.. :D 
semua benda yg diorang wat kat dalam tu contohnya latihan menari,menyanyi,orang2 luar boleh tengok..
tak cam the previous AF kan..
tapi,bila dah menjadi tumpuan orang ramai diorang boleh ke jadi diri sendiri?
itulah persoalannya..
hanya mereka yang mengetahui..cewahh..
anak buah saye tengok paknil terus cakap 'tom-tom bak'..
time tu paknil ada dekat je ngan kitorang..
suruh la dia jerit kuat2 panggil paknil, malu2 plak aih..
pastu bila paknil da gerak pegi tempat lain, baru la dia dengan malu2nye cakap "paknil"..
kelakar betol..
ni je gambar2 yg sempat snap..

buktinye.. :)
oppsss..nampak pampers plak!
paknil yg tengah praktis..
paknil yg sporting..suke3.. ;p
kuar pegi lunch..

P/S : Dah start study week..study week = s'tido' week?? :D

Unedited - Version of myself

Sunday, April 17, 2011

: : Giveaway from Moscow by Miszlullaby : :

Salam..
tadi godek2 kat blog miszlullaby atau lebih dikenali sebagai ML..
suke sangat baca blog dia..
banyak refer tutorial make up dan masakan kat blog die..
and i like d person too!
she's so sweet..
nasib baik ML ni dah bertunang..
kalo tak,nak je suruh jadi kak ipar saye..hihi..
ML ni student medic final year kat moscow..
kiranye tahun ni last la die kat moscow..
so,die ada wat satu contest..
saye pon nak join la jugak..
mana tau kowt2 dapat present from moscow..
tak gitu ML?weee~
so,sape2 yg rasa nak join jugak boleh klik SINI..

So,saye nak tag:

Unedited - Version of myself

: : Tak salah berubah ke arah kebaikan : :

Kadangkala Allah turunkan hujan tatkala matahari sedang terik memancarkan sinarnya..puas kita menangis mencari matahari itu..rupa2nya Allah nak hadiahkan kita satu pelangi yg sangat indah..

Semua orang inginkan sesuatu perubahan dlm hidup dia kan..
ada ke yg nak berubah ke arah keburukan?
kalo ada,maybe satu dlm seribu laa..
semua org nak perubahan positif dlm diri sendiri kan..
yg paling penting,kena ada keazaman yg tinggi..
kalo setakat ckp nak berubah,tapi habuk pon tarak..
useless la camtu kan..
so,tetapkan jati diri kalo betol2 nak berubah..
pastikan niat kena betol..

Ni utk kamoo..

P/S : Sentiasa inginkan yg terbaik utk diri sendiri..

Unedited - Version of myself

Saturday, April 16, 2011

: : Andainya dia tahu : :

Dia = kaum adam a.k.a. lelaki.. :)

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda..

 Credit to : Syafina Aznie(FB)