Saturday, July 9, 2011

: : Mencintai tak beerti memiliki : :

Kau menghulurkan salam perkenalan
melalui sahabatku,iaitu sepupumu
ketika itu kita masih lagi di bangku sekolah
maka,bermulalah perkenalan antara kita berdua
semua orang tahu tentang kita
dan kita digelar ‘sweet couple’
hubungan kita seringkali dilanda badai
dua kali berdepan dengan perpisahan
namun, disebabkan rasa sayang terhadap dirimu
kau masih diberi peluang untuk menebus kesilapanmu...

Hubungan kita berjalan seperti biasa
kita sama2 meneruskan cita2 di menara gading
disangka panas sampai ke petang
rupanya hujan di tengah hari
hubungan kita bagai retak menanti belah
tatkala aku keliru dgn perasaanku sendiri
aku meminta untuk dilepaskan...

Aku buntu..aku keliru
tetapi keputusan sudah dibuat
walaupun di fikiranmu, perpisahan itu gara2 pihak ketiga
berkali2 aku menafikan
aku betul2 keliru..aku sangat menyayangi dirimu
tapi hati aku bagai disekat oleh 'sesuatu'
sesuatu yang telah menyebabkan aku melukakan hatimu
aku tidak memberitahu kepada sesiapa tentang apa yang aku fikirkan mengenai sesuatu itu
dan aku tidak diberi peluang untuk menjelaskan padamu...

Perpisahan itu tidak membahagiakan aku
berbulan2 aku memendam perasaan sendiri
sekalipun ada lelaki lain yang ingin berkenalan
aku menolak dengan cara baik
kerana dalam hatiku masih ada dirimu
aku masih tidak dapat melupakan dirimu
aku tidak dapat menafikan perasaanku sendiri
bahawa aku ingin kembali padamu
tetapi hasrat itu aku pendamkan
aku pernah cuba menghubungimu
kadang2 kita ber’sms’
aku melayanmu seperti sahabat
aku mahu semuanya bermula dari awal...

Sebulan yang lalu,aku mendapat berita 
bahawa dirimu sudah bergelar tunangan orang
dan bakal disatukan syawal nanti
berkecai sudah harapanku
harapan yang aku tahu takkan menjadi kenyataan
kau tak mungkin akan menerima diriku
tambahan pula,diriku tidak lagi disukai oleh seluruh keluargamu
kau menjelaskan bahawa dalam keadaan kecewa dengan keputusanku suatu ketika dulu,kau menerima gadis pilihan keluarga
tiada apa lagi yang harus aku pertahankan
melainkan mendoakan kebahagiaan dirimu bersama si dia
dia jodoh yang terbaik untuk dirimu
insan yang pastinya lebih sempurna berbanding diriku...

Ampun dan maaf dipinta atas segala salah sepanjang perhubungan kita
terima kasih untuk 5 tahun yg paling indah
terima kasih kerana pernah menyalamatkan maruah diriku suatu ketika dulu
terima kasih kerana pernah mengajarku erti mencintai dan dicintai
kesetiaan serta kejujuran dalam perhubungan
akan kucoretkan kenangan bersamamu dalam sanubariku ini
agar menjadi yang terindah di dalam hidupku...

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan
dan perancangan Allah itu yang terbaik
semoga dirimu sentiasa berbahagia di samping orang tersayang
bersama insan yang tulus menyayangimu
selamat pengantin baru
semoga berkekalan hingga akhir hayat...

ikhlas drpd :
insan yg pernah menyayangimu

P/S^1 : Sekadar luahan rasa..walaupun sy tau awk tak akan baca ni..
P/S^2 : Setiap apa yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya..insyaAllah..
Unedited - Version of myself

Thursday, July 7, 2011

: : Setelah sekian lama menyepi : :

Salam..

Hye semua..hope sihat2 selalu..da sebulan lebih tak update blog..kira lama la jugak kan..and of coz korang mesti tertanya2 pasal pemenang contest tu..fuhhh...sambil tarik nafas panjang2 b4 explain,takot kena marah..tengah pening utk pilih top 100..coz sume penyertaan best2..mata dah berpinar2 mengadap lappy utk finalize..top 100 pon da pening,cane yg top 3 nnt agaknya ea?so,saye mintak korang bersabar ea..bukan senang nak pilih yg terbaik ni..kang salah pilih,macam tak adil pulak kan..iye dak?

Actually,the main reason lama tak update blog sebab JK!jiwa kacau..ada masalah personal sikit..bila dah jiwa kacau,nak online pon malas..sekarang ni tengah try utk pulihkan semangat dan lupakan semuanya..saye kena bangkit utk teruskan kehidupan ni..let bygone be bygone..life must go on,rite?semua yg terjadi ni ada hikmah di sebaliknya..insyaAllah..

P/S : Rasa bersyukur sangat2 di saat saye kesedihan,family dgn member2 still bagi support..thanks sume..cyg korang!!!